Petroleum. Income Tax. Education. Undang-undang Sabah ini diisytiharkan milik Persekutuan pada 1965. Kenapa tiada siapa memberitahu anda?
Jawapannya ada dalam satu seksyen. Selepas 63 tahun, hanya seorang ADUN pernah menyebutnya di Dewan. Naskhah rasmi dibuka untuk pra-tempahan mulai 1 Disember 2026.

Undang-Undang Peninggalan British Diambil Alih Senyap
120 ordinan penting Sabah termasuk Petroleum Ordinance dan Income Tax diserap ke Persekutuan pada 1965 tanpa dibahas di DUN Sabah.
Kekacauan Parlimen & Pindaan Ke Belakang (Retrospektif)
Ketika semua mata terpaku kepada perbalahan Lee Kuan Yew dan Tun Razak di Parlimen, Seksyen 74 dipinda berkuat kuasa ke belakang sejak 16 September 1963.
Dibangkitkan Sekali Sahaja Dalam 63 Tahun Di DUN Sabah
21 Julai 2026, YB Assaffal P. Alian membangkitkannya di DUN Sabah — dan jawapan rasmi kerajaan negeri ialah: Tiada Jawapan.
Kronologi 1962 → 1963 → 1965 → 1966 → 2026
Ikuti bedah siasat dokumen perlembagaan dan warta persekutuan yang membongkar titik perubahan sejarah Sabah.
Legislative Council North Borneo & Ordinan Pendaftaran
Siapa duduk di meja Kerani Legislative Council ketika National Registration Ordinance 1962 diluluskan bagi mengeluarkan kad pengenalan anak Sabah “State of Sabah, No. 000001”? Satu nama yang anda kenal: Harris Salleh.
16 September 1963: Milik Siapa Undang-Undang British?
Selepas Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963, milik siapakah undang-undang British di Sabah? Milik Sabah. Akta Malaysia sendiri yang menjamin hak pemilikan tersebut di bawah peruntukan asal.
Semua Mata Pandang Lee Kuan Yew, Parlimen Luluskan Pindaan Senyap
Singapura masih di dalam Malaysia. Lee Kuan Yew berdiri di Dewan Rakyat memperjuangkan “Malaysian Malaysia”, bertikam lidah hebat dengan Tun Abdul Razak. Seluruh negara dan media memandang ke arah Lee.
Ketika semua mata tertumpu kepada perbalahan itu, pada 26 Mei 1965, satu pindaan kritikal kepada Akta Malaysia dibacakan tajuknya. Pada 3 Jun 1965, pindaan itu diluluskan 117–0. Berapa Ahli Parlimen Sabah yang bangun berucap? 13 hadir, semuanya mengundi “aye”, tiada seorang pun berucap.
Apa Sebenarnya Yang Dipinda Melalui Seksyen 74?
Satu frasa penting dibuang dari undang-undang:“nor declare any present law of the State to be federal law”Dan pindaan itu dikuatkuasakan ke belakang (retrospektif) sejak 16 September 1963!
Enam hari sebelum itu, melalui Warta Kerajaan 20 Mei 1965, sebanyak 120 ordinan Sabah (termasuk Petroleum, Income Tax, Education) diisytiharkan menjadi undang-undang Persekutuan secara borong — tanpa satu pun dibawa ke DUN Sabah.
Dibangkitkan Sekali Dalam 63 Tahun: Tiada Jawapan
Berapa kali perkara ini dibangkitkan di DUN Sabah sejak 1963? Sekali sahaja. Pada 21 Julai 2026 oleh YB Assaffal P. Alian (N.60 Tungku).
Apakah jawapan Kerajaan Sabah dalam Hansard DUN 21–23 Julai 2026? TIADA JAWAPAN. Tiada seorang Menteri pun yang bangun menjawab pendedahan tersebut.
“Aku boleh buat buku lain khas hanya untuk semua Warta yang dikeluarkan atas kuasa seksyen 74 ni.”
Pra-Tempah Naskhah Eksklusif & Percuma Sticker Kereta
Dapatkan naskhah fizikal eksklusif ini pada harga RM27.00 seunit. Setiap pembelian bulan Disember akan menerima Sticker Kereta Exclusive secara percuma (terhad selagi stok masih ada).